Tiada SST untuk penerbangan antara bandar di Sabah, Sarawak

Tiada SST untuk penerbangan antara bandar di Sabah, Sarawak

Pengecualian diberikan selepas mengambil kira jarak perjalanan antara bandar-bandar di 2 negeri itu.

SHAH ALAM:
Kerajaan hari ini mengumumkan semua penerbangan antara bandar di Sabah dan Sarawak dikecualikan SST bulan depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecualian diberikan kerana kebiasaannya pengangkutan udara satu-satu pilihan praktikal untuk bergerak antara bandar di 2 negeri itu.

“Pengecualian diberikan jika anda terbang dari Kuching ke Bintulu atau Miri, atau dari Kota Kinabalu ke Tawau, contohnya. Tetapi anda akan dikenakan SST untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuching,” katanya di taklimat bersama Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam hari ini.

Beliau berkata pengecualian tidak akan diberikan untuk penerbangan di Malaysia Barat kerana jarak perjalanan yang dekat antara bandar senegeri.

Subromaniam kemudian memberitahu pemberita pengecualian diberikan kerana Sabah dan Sarawak mempunyai banyak lapangan terbang domestik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.