Kerjasama PAS-Umno topik perbincangan muktamar, kata Halimah Ali

Kerjasama PAS-Umno topik perbincangan muktamar, kata Halimah Ali

Halimah berkata hala tuju seterusnya akan ditentukan dalam mesyuarat agung PAS minggu depan.

Dr Halimah Ali. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Halimah Ali berkata hala tuju kerjasama partinya bersama Umno akan ditentukan di mesyuarat agung di Terengganu minggu depan.

Beliau memberitahu pemberita pada sidang media pasca PRK DUN Seri Setia di TTDI Jaya hari ini bahawa kerjasama antara 2 parti itu akan menjadi topik perbincangan di muktamar nanti.

Terdahulu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS yang diadakan pada 14 hingga 16 September ini sebagai tanda sokongan.

Zahid dilaporkan akan ke Kuala Terengganu bersama ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno selepas menerima undangan rasmi daripada PAS.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri beberapa hari lalu berkata delegasi berharap kehadiran mereka akan datang mengukuhkan kerjasama antara mereka, dan partinya sedia menerima delegasi PAS ke Perhimpunan Agung Umno 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung bulan ini.

Beliau berkata soal hubungan antara parti dan hala tuju kerjasama itu akan dibincangkan dalam himpunan Umno nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.