
“Selalunya kita komen tentang Barisan Nasional yang buat macam ini masa pilihan raya dan kerajaan baru tidak perlu ikut mereka macam itu,” katanya.
Peruntukan untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Port Dickson, Negeri Sembilan itu diumumkan kelmarin oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu selepas lawatan kerja ke Port Dickson bertemu anggota Pusat Asas Tentera Darat (Pusasda) dan meninjau sendiri keadaan RKAT di daerah berkenaan.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 mencadangkan peruntukan itu diberi selepas PRK Port Dickson.
“Peruntukan ini boleh diberi tapi selepas pilihan raya kecil,” katanya.
Kerusi Port Dickson kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Parlimen.
Danyal, bekas pegawai tentera laut, memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 9 Mei setelah mendapat 36,255 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V S Morgan yang memperolehi 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson bakal diadakan pada 13 Oktober dengan hari penamaan calon pada 29 September.