Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Sekiranya OPEC bertindak menstabilkan harga minyak dalam lingkungan AS$70 hingga AS$80 setong, ia mungkin melemahkan sentimen pasaran minyak dan mempengaruhi pasaran mata wang. (Gambar Bloomberg)
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun harga minyak mentah lebih tinggi, kata peniaga.

Beliau berkata, harga yang lebih tinggi itu diimbangi oleh peningkatan hasil global, terutama di AS, yang menjadikan bon tempatan kurang menarik.

“Bagaimanapun sentimen positif boleh terjejas berikutan beberapa kenyataan menunjukkan anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC) bersetuju harga minyak mentah di atas paras AS$80 setong adalah terlalu tinggi.

“Sekiranya OPEC bertindak menstabilkan harga dalam lingkungan AS$70 hingga AS$80 setong, ia mungkin melemahkan sentimen pasaran minyak dan juga mempengaruhi pasaran mata wang,” katanya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0260/0294 daripada 3.0271/0304 pada Jumaat minggu lepas namun rendah berbanding yen kepada 3.6690/6735 daripada 3.6609/6654.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.8518/8577 daripada 4.8607/8679 pada Jumaat lepas dan kukuh berbanding pound kepada 5.4051/4107 daripada 5.4428/4501.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.