
“Ia merujuk kepada mereka yang pertikai pasal bahasa dan pendidikan. Kita terima mereka nak kemuka kepentingan bahasa Inggeris tapi kita tak boleh remehkan bahasa kebangsaan.
“Ada pun yang pertahan LGBT. Pendirian saya sama seperti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kita tolak gagasan mereka. Soal orientasi seks bukan urusan saya untuk siasat atau selidik tapi kita tak boleh terima kalau pamer, dokong atau menjaja.
“Semua menolak dengan tegas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR malam tadi, selepas mesyuarat biro politik parti.
Terdahulu, aktivis Siti Kasim menghentam presiden PKR itu kerana komennya mengenai “super liberal”, mengatakan Anwar “melancarkan perang” terhadap golongan masyarakat yang akan melindungi hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat.
“Apa yang saya boleh agak adalah seorang ‘super liberal’ adalah seseorang yang prihatin tentang hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat atau kesalahan-kesalahan berkaitan yang tiada mangsa,” kata Siti.
Anwar dalam syarahannya di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini menggesa rakyat mempertahankan diri daripada golongan “super liberal”, menyifatkan golongan itu menganggap hanya pandangan mereka penting dan perlu dituruti.
“Golongan ‘super’ liberal ini bicara seolah-olah negara ini dia yang punya dan bila kita tegur, kita pula yang diserang,” kata Anwar.
Sementara itu, Anwar berkata dia akan bertemu Menteri Kerja Raya Baru Bian mengenai dakwaan rasuah terhadap setiausaha politiknya bagi mendapatkan penjelasan.
“Saya secara peribadi membaca laporan dan menonton video dan sudah pasti ia cukup mengganggu,” katanya, dan menyerahkan soal siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau merujuk kepada tindakan penyelaras Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razak yang dilapor membuat laporan kepada SPRM terhadap calon ahli majlis pimpinan pusat PKR itu pada pemilihan kali ini, berhubung kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan tidak kurang RM300,000.