
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu membuat keputusan untuk bertanding kerana ada kekosongan.
“Kerusi itu kosong dan saya pun orang Port Dickson jadi saya bertandinglah di tempat saya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding di PRK Port Dickson.
Pengerusi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan antara Umno, MCA dan MIC.
Semalam, PAS mengumumkan akan bertanding PRK Port Dickson.
Selain PAS, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditentang Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan personaliti Twitter, Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.
Dalam pada itu, bekas Ketua Umno Teluk Kemang itu turut diminta mengulas kemungkinan parti mengambil tindakan terhadapnya.
“Terserah kepada Umno,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas mengenai Anwar, yang menggunakan pilihan raya kecil ini untuk kembali ke Parlimen.