
Hujan awal pagi menyebabkan tanah runtuh menimbus beberapa rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu di kawasan kejiranan miskin, di bandar pelabuhan Barrancabermeja.
“Sembilan mayat ditemui, 5 daripadanya kanak-kanak dan 4 dewasa. Tiga lagi kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri,” kata Ketua Jabatan Bomba, Alexander Diaz.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua mayat ditemui.
Lebih 45 unit agensi berbeza, termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Palang Merah, polis dan tentera darat terbabit dalam operasi itu.
Jurucakap Dewan Bandaraya Francy Elena Alvarez mengakui pihak berkuasa masih tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar yang terkorban.