
Katanya, SST tidak dikenakan terhadap perkhidmatan pembinaan yang boleh membawa kepada penurunan harga rumah minimum 5% hingga 10%.
“Sebelum ini, di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% dikenakan terhadap perkhidmatan pembinaan.
“Tapi, kali ini kita tidak kenakan (cukai) sebab nak beri rangsangan kepada sektor hartanah supaya boleh turunkan harga rumah,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang menjangkakan kos pembinaan akan menurun sedikit, susulan pengecualian SST bagi bahan binaan asas dan perkhidmatan pembinaan.
Lim berkata, penurunan harga rumah baru itu tidak membabitkan projek rumah harga terkawal seperti rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Katanya, harga rumah yang sudah siap dibina akan diumumkan Jumaat ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Bajet 2019 di Parlimen pada Jumaat ini.
Ia adalah bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 Mei lalu.