
Menariknya, pelancong itu, Hamish Carruthers yang turut memuatnaik gambar dia sedang membasahkan kepala menggunakan ‘semburan mandian’ sebenarnya adalah paip bersebelahan mangkuk tandas yang digunakan selepas membuang air besar atau kecil.
Ekoran itu, rugutannya di Facebook menjadi bahan ketawa terutama sekali dalam kalangan wargga Vietnam itu sendiri yang ragu-ragu jika pelancong itu benar-benar tidak tahu atau sekadar berjenaka.
Dalam posting pada 24 Oktober itu, Hamish berkata sejak berada di Vietnam seminggu yang lalu, dia hanya berdepan dengan masalah semburan mandian.
“Baiklah, saya berada di Hanoi hampir seminggu dan saya sukakanya. Satu-satunya aduan saya ialah semburan mandian,” tulis Carruthers. “Saya sedia berjimat air tetapi untuk menekan punat pada semburan tiap kali untuk membenarkan air mengalir agak tidak munasabah,” katanya.
Pelancong itu juga mempersoal ketinggian warga Vietnam memandangkan kedudukan paip tersebut sangat rendah.
“Cuaca yang sejuk tidaklah menyusahkan tetapi kenapa semburan air terlalu rendah? Anda kena bongkok ke bawah untuk mencuci kepala. Rakyat Vietnam tidaklah terlalu rendah…
“Saya mencuba 2 hotel berbeza dam kedua-duanya mempunyai semburan mandian yang sama. Apa pendapat orang lain mengenai semburan mandian Vietnam?”