
Semua stesen, yang dilengkapi fasiliti pencerapan di terumbu-terumbu Yongshu, Zhubi dan Meiji, akan menawarkan perkhidmatan ramalan cuaca kepada nelayan di rantau laut China Selatan serta negara jiran dan kapal yang melewati kawasan itu, kata Pentadbiran Meteorologi China (CMA) di laman sesawangnya.
Data yang diperoleh menerusi pencerapan akan diguna untuk pemantauan masa nyata dan ramalan cuaca buruk di rantau ini, bagi memudahkan pergerakan trafik di laut, selain perikanan dan penyelamatan marin, menurut CMA.
Pada Rabu, kementerian ekologi dan alam sekitar (MEE) mengumumkan bahawa negara itu telah membina sebuah stesen pemantauan di Nansha untuk mengesan kualiti udara serantau dan perubahan iklim.
Stesen itu akan memantau pencemar termasuk PM 2.5, PM 10, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida, serta kebimbangan lain termasuk suhu dan penglihatan, kata jurucakap MEE Liu Youbin tanpa mendedahkan lokasi spesifik stesen terbabit.