8 artis Malaysia ini pengamal yoga tegar

8 artis Malaysia ini pengamal yoga tegar

Yoga, antara senaman yang semakin trending dalam kalangan selebriti tempatan.

Senaman menjadikan seseorang itu sihat dan ‘fit’. Malah senaman juga menjadi ‘makanan’ kepada kebanyakan artis dan selebriti yang mahu kekal langsing dalam masa yang sama bertenaga sepanjang masa.

Lebih banyak kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal maka lebih aktif diri kita, dan bukan sebaliknya.

Antara senaman yang semakin trending dalam kalangan selebriti tempatan ialah amalan senam yoga.

Walaupun ia bermula sebagai amalan spiritual tetapi elemen senaman itu sendiri bukan membabitkan mana-mana elemen agama. Maka ia mudah menembusi semua lapisan masyarakat dan menjadi aktiviti fizikal yang berkembang luas secara pantas.

Datin Diana Danielle

Selebriti jelita yang juga seorang ibu yang cantik dan langsing mengamalkan senaman yoga untuk kesihatan menyeluruh. Menariknya mengenai isteri Datuk Farid Kamil ialah perkongsian video senam Yoga yang sering disertai anaknya, Aurora. Banyak juga video beliau membuat yoga dalam Youtube dan comelnya apabila ditemani si anak kecil.

Gambar Youtube

Daphne Iking

Wanita ini mempunyai pengikut laman sosialnya sendiri kerana yoga. Enthusias yoga yang juga seorang ibu gemar berkongsi klip senaman yoga beliau dalam Instagram. Mengamalkan Yoga Hatha, Daphne mengikuti senaman ini sejak 2005. Beliau akui yoga membawa pemahaman mendalam mengenai dirinya selain menjadikannya seorang ibu yang sempurna.

Gambar Instagram

https://www.instagram.com/p/BbI44PvHOi1/?hl=en

 

Anuja Ananthan dan Thanuja Ananthan

Daripada pengacara majlis, hos rancangan televisyen, model kembar selebriti Thanuja dan Anuja Ananthan, kedua-duanya juga merupakan pengamal tegar yoga. Anuja seorang ibu dan Thanuja, bekas Miss Malaysia mengamalkan amalan yoga secara kerap selain berkongsi di laman sosial. Aktif menjalankan kelas yoga, mereka akui amalan ini memberi banyak manfaat kesihatan kepada tubuh badan dan minda.

Gambar Instagram

Raja Putri Atilia Raja Harun

Penyanyi, pelakon, kini guru yoga yang aktif, Atilia melibatkan diri dalam yoga selepas berdepan masalah sakit belakang. Dalam satu temuramah dengan Utusan Melayu, wanita bertubuh kenit ini akui yoga banyak membawa perubahan positif. Atilia akui yoga mengubahnya dari seorang perokok, kepada kini lebih mengutamakan kesihatan diri. “Selepas terlibat dengan yoga, kehidupan saya jadi lebih tenang dan sihat berbanding dahulu,” katanya.

Gambar Youtube

Ameera Khan

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, Ameera Khan juga salah seorang pengamal senaman yoga yang aktif. Beberapa video Ameera melakukan senam yoga dimuatnaik di laman sosial, Instagram. Selain Ameera, ibunya juga dikatakan turut bersama melakukan aktiviti ini.

Gambar Instagram

Siti Saleha Mohd Baharum

Pelakon berdarah kacukan Inggeris-Melayu yang berkecimpung dalam bidang seni sekitar 2008Mohd Baharum menerusi drama, Nora Ellena ialah seorang pengamal yoga.
Dia juga mengakui melakukan senam yoga sebagai terapi apabila tertekan. Wanita ini berkata melakukan senaman seperti push up, sit up dan yoga setiap hari.

Gambar Instagram

Nora Danish

Nama yang pernah menjadi fenomena sehinggalah baru-baru ini beliau mendirikan rumah tangga kedua, Nora Danish mengamalkan kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna, amalkan makan ulam-ulaman, makanan organik, minum air yang secukupnya, mengambil makanan tambahan dan melakukan senaman seperti yoga.

Gambar Instagram

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.