Umno mahu polis sedia dokumen RM116.7 juta dirampas dalam serbuan

Umno mahu polis sedia dokumen RM116.7 juta dirampas dalam serbuan

Umno menggesa polis menyediakan satu salinan laporan polis berhubung serbuan, senarai lengkap wang tunai yang dirampas, laporan mengenai wang yang dirampas dan gambarnya.

Amar Singh mendedahkan jumlah rampasan wang tunai yang berbeza pada sidang media pada 25 Mei dan 28 Jun.
KUALA LUMPUR:
Umno hari ini meminta polis menyediakan dokumen berkaitan tuntutan parti itu untuk mendapatkan wang tunai RM116.7 juta yang dirampas pihak berkuasa sebagai sebahagian penyiasatan skandal 1MDB.

Bekas parti pemerintah itu menggesa polis menyediakan satu salinan laporan polis yang digunakan sebagai asas serbuan, senarai lengkap wang tunai yang dirampas, laporan mengenai wang yang dirampas dan gambar wang tunai tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya, ia mendakwa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh memiliki dokumen tersebut tetapi tidak mahu mendedahkannya.

Hakim Umno, Datuk Hariharan Tara Singh berkata hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed akan mendengar tuntutan parti itu untuk mendapatkan dokumen tersebut daripada polis pada 4 Disember.

Beliau menambah mahkamah tidak menetapkan tarikh untuk mendengar tuntutan polis untuk membatalkan tuntutan saman Umno.

“Kami menerima permohonan rasmi daripada polis dan kerajaan 2 hari lalu,” katanya sambil menambah polis mahu saman itu ditolak atas dasar Umno tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkannya.

Umno, melalui Setiausaha Eksekutifnya Datuk Ab Rauf Yusoh, memfailkan tuntutan terhadap polis dan kerajaan pada 21 September.

Parti itu menamakan Amar, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohd Sakri Ariffin, pegawai polis R Rajagopal, dan kerajaan dalam tuntutan samannya.

Sakri adalah pegawai yang mengetuai operasi untuk merampas wang tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rauf berkata Umno mempercayai presidennya untuk membiayai dan menguruskan dana dan derma politik bagi pilihan raya umum.

Beliau berkata hanya presiden parti mempunyai akses kepada dana pilihan raya atau pengetahuan penuh tentang dana tersebut.

Rauf berkata apa-apa baki dana pilihan raya dan aset lain akan diserahkan oleh presiden Umno kepada penyandangnya.

Beliau berkata RM160 juta diamanahkan kepada Datuk Seri Najib Razak, merupakan baki dana pilihan raya dari pilihan raya umum ke-14.

Beliau menambah polis melakukan serbuan dan rampasan di sebuah apartmen mewah di Pavilion Residences pada 17 Mei.

Dalam sidang media pada 25 Mei, beliau berkata, Amar mengumumkan wang tunai RM114 juta dirampas oleh pasukannya.

Tetapi pada 28 Jun, Umno berkata, Amar mengumumkan jumlah yang dirampas itu ialah RM116.7 juta, bukan RM114 juta.

Umno, antara lain, menuntut perisytiharan bahawa serbuan dan rampasan di premis tersebut adalah haram; perintah untuk memulangkan RM116.7 juta kepada Umno; perintah untuk memulangkan perbezaan RM43 juta antara RM160 juta dan RM116.7 juta kepada parti, dan ganti rugi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.