
Beliau memuatnaik grafik kerana penulisannya tentang pengurangan biasiswa kerajaan dan peruntukan untuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia terlalu panjang.
“Okay, saya lukis,” katanya menyahut permintaan pembaca.
Graf itu menunjukkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memotong 33% biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) daripada RM1.5 bilion kepada RM1.0 bilion.
Biasiswa lain yang dipotong adalah:
* Majlis Amanah Rakyat: RM2.5 bilion kepada RM2.0 bilion (20%)
* Kementerian Pendidikan: RM684 juta kepada RM503 juta (26%)
* Kementerian Kesihatan: RM258 juta kepada RM250 juta (3%)
Graf juga memaparkan peruntukan untuk UM dipotong sebanyak 9% daripada RM445 juta kepada RM405 juta, dan untuk USM dipotong sebanyak 5% daripada RM525 juta kepada RM501 juta.
“Jika potongan bajet seperti ini dilakukan pada masa saya masih perdana menteri, sudah tentu Pakatan Harapan akan menghebohkan dan menuduh saya sekurang-kurangnya 3 bulan kononnya saya tidak jaga masa depan anak muda,” katanya.