Gempa, tanah runtuh landa Sulawesi Barat, 7 terbunuh, lebih 8,000 berpindah

Gempa, tanah runtuh landa Sulawesi Barat, 7 terbunuh, lebih 8,000 berpindah

Lebih 8,000 lari meninggalkan rumah sewaktu gempa bumi bermagnitud sederhana menggegarkan daerah itu selama beberapa hari lepas.

Wilayah Sulawesi Barat bersempadan dengan Sulawesi Tengah yang dimusnahkan oleh beberapa kejadian gempa bumi dan tsunami pada akhir Sept lepas mengakibatkan lebih 2,000 terbunuh. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Tujuh terbunuh dan lebih 8,000 mencari perlindungan apabila tanah runtuh dan gempa bumi melanda daerah Mamasa di Sulawesi Barat, lapor agensi berita Xinhua, yang memetik pegawai agensi bencana hari ini.

Tujuh orang itu terbunuh semasa proses pemindahan mangsa, kata Pasamboan Pangloli, ketua unit pemulihan dan pembangunan semula agensi bencana di daerah terbabit.

Tanah runtuh turut menimbus 8 rumah di situ, katanya.

Lebih 8,000 meninggalkan rumah masing-masing bagi mencari perlindungan sewaktu gempa bumi bermagnitud sederhana dari 5.1 ke 5.5 pada skala Ritcher menggegarkan daerah itu selama beberapa hari lepas, kata Pangloli.

Wilayah Sulawesi Barat bersempadan dengan Sulawesi Tengah yang dimusnahkan oleh beberapa kejadian gempa bumi dan tsunami pada akhir Sept lepas mengakibatkan lebih 2,000 terbunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.