Viral di laman-laman sosial mengenai kehadiran Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ke Singapura baru-baru ini.

Bukan apa, ternyata personaliti dan cara beliau mendekati orang awam amat dikagumi lebih-lebih lagi menerusi kunjungan beliau ke sebuah premis gerai makanan dan Jalan Adam.

Justin yang berkemeja putih sambil memegang segelas minuman berais dilihat berjalan secara santai sekitar gerai tersebut sambil bersalaman denan semua orang dan memberi pose untuk sesi selfie bersama mereka.

Malah, lebih menarik dan menjadi perhatian ialah adab beliau ketika bertemu wanita Melayu Islam dengan menyapa mereka tanpa bersalam atau bersentuhan sebaliknya meletakkan tangan beliau pada dada kirinya, salah satu tanda hormat universal.

Menurut laporan Channel News Asia, Justin mengunjungi kawasan gerai makanan tersebut sekitar jam 7.45 hingga 8 pagi pada 16 November lepas.

Dalam rakaman 50 saat jelas kelihatan kemesraan beliau bersama rakyat negara Singapura termasuk cara beliau mendekati kanak-kanak dengan meluangkan lebih masa, cuba berinteraksi termasuk duduk mencangkung untuk bercakap dengan mereka.

Walaupun ia lawatan pertama Justin ke Singapura sebagai tetamu pengerusi Asean untuk sidang kemuncal Asean, nampaknya beliau langsung tidak kekok untuk mendekati masyarakatnya.

Seterusnya, Justin ke ke Papua New Guinea untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

Hmm, sabarlah tunggu kedatangan Justin ke Malaysia pula pada masa hadapan. Entah gerai makan atau premis mana yang akan dilawatinya.