
Tidak pasti nak salahkan siapa, namun rata-rata merasakan tindakan seorang lelaki yang mengganggu promoter menjual arak di pasaraya Giant dalam video yang viral sejak semalam sebagai tidak wajar.
Dalam video berdurasi kurang 1 minit itu, promoter berkenaan jelas berada di bahagian ‘non halal’ ketika melakukan promosi bir jenama Carlsberg. Walaupun beliau memberitahu lelaki berkenaan sampel minuman keras itu hanya diberi kepada bukan Muslim, lelaki berkenaan terus melakukan provokasi lisan.
“Minah ni friendly, santai layan customer. Hanya mamat ni yg terover budget kononnya “aku lebih Islam”! Akhirnya jari tengah jugak yg engkau angkat ya? Hawau la lu!” kata K Adam Khaliq.
“Kejadian memasarkan arak itu di premis yang telah ditetapkan. Tidak mengganggu sempadan orang yang beriman. Mengapa kamu mengganggu beliau, tambahan mengambil sikap tidak mencerminkan seorang yang beriman dengan carutan dan makian? Kerana kes sebegini lah yang akhirnya mengundang prejudice dan pukul rata mereka yang tidak beriman dengan yang mengaku beriman kepada Allah.
“Melainkan, saya tegaskan mereka mengganggu sempadan toleransi kita. Tapi kamu.. Mengundang bala dengan mengganggu sempadan mereka ditambah dengan sikap kamu yang hodoh. Habis kami yang diserang rata!
” Kejadian memasarkan arak itu di premis yang telah ditetapkan. Tidak mengganggu sempadan orang yang beriman. Mengapa kamu mengganggu beliau, tambahan mengambil sikap tidak mencerminkan seorang yang beriman dengan carutan dan makian?” antara komen panjang netizen Azlan Zakaria.