Lelaki tunjuk jari tengah pada promoter arak mohon maaf

Lelaki tunjuk jari tengah pada promoter arak mohon maaf

Muat naik Twitter seorang rakan Edi, menyatakan Edi kesal ekoran insiden tersebut yang turut menyebabkan dia diberhentikan kerja.

Selepas rakaman seorang lelaki yang memaki dan menunjukkan jari tengah kepada seorang promoter minuman arak viral dan dikecam netizen atas kebiadapannya, lelaki itu akhirnya tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.

Lelaki itu, Edi Rejang dalam laman sosial Facebooknya menulis, “Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut.”

Edi juga akui sudah bersemuka dengan Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng untuk menyampaikan kemaafan dan bersedia bertemu promoter tersebut seperti yang dinasihati oleh pemimpin tersebut.

Dalam satu lagi perkembangan, rakan Edi yang dikenali sebagai @fiqsunny dalam laman Twitter menyatakan Edi menangis teresak selepas insiden tersebut yang turut menyebabkan dia diberhentikan kerja.

Rakam layar tweet @fiqsunny menyatakan syarikat tempat kerja Edi selama 10 tahun memberhentikannya selain dia juga takut jika anaknya turut terkena tempias diberhentikan sekolah.

“Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang pekerjaan. Anak beliau munggkin didesak berhentik sekolah dan tindakan lain,” petik salah satu rangkaian tweetnya.

FMT Ohsem ada melapor rakaman yang menjadi viral selepas lelaki mendekati seorang promoter minuman keras wanita di bahagian ‘tidak halal’ sebuah pasar raya di Ampang.

Selain mengecam wanita itu kerana mempromosi minuman keras dan menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi, Edi turut mengeluarkan kata-kata lucah, selepas menunjukkan jari tengah kepadanya.

Video tersebut membuatkan netizen tidak berpuas hati atas kebiadapan dan perbuatan kurang ajar yang dianggap melampau.

Baca : Prihatin atau kurang ajar? Netizen kecam lelaki tunjuk’ jari tengah’ pada promoter arak

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.