Separuh badan hancur, remaja Malaysia ditelan pengisar sampah

Separuh badan hancur, remaja Malaysia ditelan pengisar sampah

Mangsa telah turun ke mesin pengisar tersebut untuk melihat punca ia tidak berfungsi.

Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, nyaris maut selepas separuh tubuhnya ditelan mesin pengisar sampah semasa bekerja di sebuah kilang kitar semula di Samseong, Seoul, menurut laporan mStar.

Remaja terbabit mula bekerja di kilang berkenaan sejak 2 bulan lalu.

Menurut aktivis Malaysia yang enggan dikenali berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada petang kejadian oleh rakan mangsa.

“Saya difahamkan, mangsa telah turun ke mesin pengisar tersebut untuk melihat punca ia tidak berfungsi seperti biasa. Namun, sambungan elektrik pada mesin itu telah pun dipadamkan.

“Tapi, tiba-tiba mesin itu bergerak sehingga menelan separuh badan mangsa,” ujarnya kepada mStar Online.

Menurut bapa mangsa, remaja berkenaaan kini berada dalam keadaan tidak stabil dan terpaksa diberikan ubat tidur oleh pihak hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.