Siaran akhbar guna Google Translate acara motosikal antarabangsa dikecam teruk

Siaran akhbar guna Google Translate acara motosikal antarabangsa dikecam teruk

Mungkin banyak pihak yang alpa mengenai fakta tersebut dan mengambil jalan mudah sehingga terjemahan langsung dari Google Translate membuka aib mereka di khalayak.

Penggunaan Google Translate sememangnya memudahkan kita mencari sesuatu perkataan dalam berlainan bahasa atau mendapatkan idea mengenai sesuatu ayat dalam bahasa asing.

Namun, ia tidak bermakna apa sahaja ayat yang dialih bahasa menggunakan Google Translate itu betul dan tepat dari segi nahu bahasa mahupun susunan ayat.

Memandangkan ia hanyalah jentera yang digerakkan secara langsung, maka jangan berharap sangat untuknya penterjemahan pintar.

Mungkin banyak pihak yang alpa mengenai fakta tersebut dan mengambil jalan mudah sehingga terjemahan langsung dari Google Translate membuka aib di khalayak.

Terbaru, viral di laman sosial apabila sebuah acara motor antarabangsa mengeluarkan siaran akhbar Bahasa Melayunya yang terang-terangan menggunakan terjemahan applikasi dan bukan dibuat oleh pakar atau jurualih bahasa professional.

FMT Ohsem berkongsi keratan dan muka surat siaran akhbar tersebut yang dikongsi secara meluas dalam kalangan netizen khususnya wartawan, penulis dan pejuang bahasa.

Walaupun usaha mereka untuk menyediakan siaran akhbar dalam bahasa Melayu dipuji, tetapi jangan melakukannya seperti melepaskan batok di tangga.

Mari kita lihat antara ayat-ayat yang jelas menunjukkan ia diciplak dari aplikasi terjemahan ialah tajuknya sendiri.

“Pameran motor antarabangsa 2018 buka sebagai acara automotif yang meriangkan di Malaysia.” Apabila ayat ini dialih kepada bahasa Inggeris secara langsung, anda mungkin faham maksud dan penggunaan ayatnya.

Tetapi bagaimana ayat ini betul dan penggunaan perkataan ‘meriangkan’ kena dengan konteks acara tersebut?

Banyak lagi perkataan yang didapati disalah alih bahasa misalnya nama khas garaj motosikal custom, Rusty Factory yang dialihkan kepada kilang Rusty serta ayat “basika terbari dibina khas” yang mana sebenarnya merujuk kepada motosikal.

Bahasa jiwa bangsa!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.