Mahu bawa keluarga libur hujung minggu sambil mencuba makanan baru? FMT OHSEM cadangkan anda ke Ipoh. Selain bersiar-siar, anda boleh juga cuba dua tempat makan di bawah. Sedap!

Laksa Saranghae/Laksa Sarang Kontena

Laksa Saranghae atau Laksa Sarang Kontena ini datang dengan telur dadar ‘crispy’ ala-ala sarang burung. Ada juga pilihan laksa lain seperti Laksa telur satu biji, Laksa sarang keropok dan Laksa fishball.
FB: https://www.facebook.com/laksasarangkontena
IG: https://www.instagram.com/laksa_saranghaeipoh/
Restoran New Hollywood

Walaupun tuan punya berbangsa Cina, restoran ini menyediakan makanan halal.
Pilihan terbaik tentu sekali Roti Bakar Telur Goyang! Kena pulak dengan kopi-o pekat, memang tak pandang kiri kanan. Pada yang gemar Chee Cheong Fun pula, restoran ini menyediakan dua pilihan, ayam dan udang.
Restoran ini juga ada hidangan lain seperti Mee Wantan Udang dan Nasi Lemak Bungkus.


Alamat: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 7:00am – 4:00pm. Tutup setiap Isnin.

