
Bapa kepada Daniel Arif, remaja yang menjadi tajuk berita sejak beberapa hari lalu apabila terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, memberitahu Harian Metro, remaja tersebut kini berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, Daniel masih perlu menjalani pembedahan susulan.
Beliau juga memberitahu doktor masih belum memutuskan kos bagi pembedahan dan rawatan keseluruhan.
Ahmad Fuad, yang berada di Korea bagi menemani anaknya berharap agar wang hasil sumbangan orang ramai mencukupi bagi membiayai kos tersebut.
“Kami bersyukur kerana dia selamat, malah lebih ceria dengan kehadiran ibunya.
“Malah dalam menanggung kesakitan, Daniel lebih bimbang mengenai keadaan kami.
“Kami akan menjaga Daniel sehingga dia dibenarkan keluar daripada hospital dan setakat ini keadaannya menunjukkan perkembangan positif.
“Saya juga sempat merakam video ketika tiba di Hospital Suwon Ajudae semalam (kelmarin) lalu bagi memaklumkan keadaan terkini Daniel kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, Daniel Arif kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas ‘ditelan’ sebuah mesin pengisar sampah di kilang pelupusan sampah tempat dia bekerja sejak dua bulan yang lalu.
Baca sini: Separuh badan hancur, remaja Malaysia ditelan pengisar sampah