Kejadian cubaan bunuh diri oleh seorang lelaki di KLCC semalam antara cerita yang sedang viral di laman sosial. Namun, apa yang kurang enak adalah komen-komen dari segelintir netizen yang menjadikan insiden tersebut sebagai gurauan.

Di bawah adalah contoh-contoh komen yang memperlekeh tindakan pemuda terbabit:



“Terjun dari tingkat 4 je ke? Mana nak mati, bang. Poyo je lebih”
“Nak mati pun kena kat KLCC. Cari publisiti lah tu. Baik buat FBlive terus”
“Dah berapa banyak likes dengan followers kau dapat, bro? Kalau banyak, aku pun nak cuba”
Menurut pihak Bomba dan Penyelamat yang berjaya mematahkan cubaan bunuh diri tersebut, pemuda terbabit mengalami masalah kesihatan mental. Kesimpulan tersebut diambil setelah mendapati alasan mahu terjun yang disampaikan oleh pemuda tersebut berubah-ubah.
https://www.youtube.com/watch?v=5Gb9dEKTCYA
Mungkin juga orang-orang di Malaysia masih tidak celik mengenai masalah kesihatan mental. Tanpa menghulurkan bantuan yang sepatutnya, kita lebih suka mempersenda dan juga meletakkan stigma negatif pada mereka yang mengalami masalah seperti pemuda tersebut.
Sebaiknya, jika anda atau rakan-rakan yang anda kenal mempunyai kecenderungan atau risiko membunuh diri, telefon talian hotline di bawah bagi mendapatkan bantuan. Anda tidak berseorangan, masih ramai yang prihatin.
ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) – TELENITA
Address: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: +603-7877 0224
BEFRIENDERS
Address: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Contact: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | [email protected]
DBKL TELECOUNSELLING
Address: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
Contact: 1800-88-2600 | 03-26179905
TALIAN NUR
Contact: 15999 | [email protected]
WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Contact: +03-7956 3488 |[email protected]