Wanita terkejut dilamar kekasihnya semasa meraikan kemenangan Malaysia menentang Myanmar

Wanita terkejut dilamar kekasihnya semasa meraikan kemenangan Malaysia menentang Myanmar

FMT Ohsem mengucapkan tahniah Skuad Harimau Malaya kerana menang dan meletakkan mereka ke pusingan separuh akhir semalam.

Dalam kemeriahan menyambut kemenangan di stadium Bukit Jalil, seorang lelaki mengambil kesempatan melamar kekasihnya.

Disebalik kejayaan manis ini, seorang lelaki menarik perhatian semua penyokong bolasepak yang hadir di Stadium Bukit Jalil.

Dalam satu video yang viral, lelaki tersebut memegang tangan wanita tersebut sambil mengatakan sesuatu dan diperhatikan para penyokong.

Rupa-rupanya beliau telah melamar kekasihnya untuk menjadi isterinya.

Pada hari Malaysia telah menang, momen manis ini juga dapat disaksikan oleh semua orang di dalam stadium.

Kekasih lelaki tersebut sangat terharu dan berpelukan dalam suasana yang benar-benar romantis kerana tidak menyangka telah dilamar oleh kekasihnya semasa meraikan kemenangan.

Semalam merupakan sebuah kenangan yang tidak akan dilupakan oleh para penyokong dan sudah tentu menjadi kenangan manis bagi pasangan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.