Bila amarah jadi punca orang tak bersalah masuk wad

Bila amarah jadi punca orang tak bersalah masuk wad

Seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim patah tulang rusuk apabila diserang perusuh

Ini bukan politik atau cuba mempolitikkan isu. Jauh sekali untuk jadi rasis atau membangkit isu perkauman.

Apa yang nyata adalah seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya diserang perusuh hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, patah tulang rusuk serta mengalami beberapa kecederaan lain, seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Daripada duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah, sekumpulan perusuh memilih untuk turun membuat kekecohan. Apa yang lebih menyedihkan, mereka turut menyerang anggota bomba yang datang ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kawasan kuil.

Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba membabitkan satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.

Jangan biar orang yang tak bersalah membayar harga untuk emosi kita yang tak terbendung. Ada banyak cara penyelesaian lain yang boleh diambil oleh pihak terbabit bagi mencapai jalan penyelesaian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.