
Siapa sahaja yang pernah mengambil subjek Matematik Tambahan pada Sijil Perperiksaan Malaysia (SPM) tahu ia adalah subjek ‘killer’.
Tapi, takkan kecewa tak boleh jawab soalan sampai nak bakar buku?
Tindakan seorang pelajar membakar buku latihan Matematik Tambahan semalam mendapat kecaman dari pengguna Twitter yang rata-rata merasakan budak-budak zaman sekarang sudah tidak lagi menghormati buku dan ilmu.
Hari ini bpelajar tersebut tampil memohon maaf kepada semua.
“Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan mereka nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Buku tersebut dah diguna untuk buat latihan, bukan tak nak bagi dekat junior dan adik”.
Beliau memberitahu niat membakar buku tersebut kerana tidak mahu buku itu terbiar dilantai, sebab banyak dilihat buku-buku subejk lain terbiar atas lantai sahaja. Lagi pun saya bakar dan tanam dengan niat orang tidak terpijak dan biarkan buku begitu sahaja.

“Akhir sekali ya, saya betul-betul minta maaf sebab mungkin saya salah, tetapi tolong netizen, niat saya hanya macam saya beritahu tadi”.
“Akhir kata, rezeki orang lain-lain, tidak semua mampu menjawab, kita hanya manusia dan saya masih belajar dan baru 17 tahun hidup. Terima kasih atas semua teguran atau mungkin penghinaan”.
FMT Ohsem tak nak komen, anda komenlah.