10 suspek militan Palestin ditahan Israel di Tebing Barat

10 suspek militan Palestin ditahan Israel di Tebing Barat

Penahanan itu sebahagian daripada serbuan malam tentera Israel di seluruh Tebing Barat, atas alasan faktor keselamatan.

BAITULMAQDIS:
Pasukan keselamatan Israel pada Khamis berkata, 10 suspek militan Palestin ditahan di Tebing Barat dalam serbuan semalaman, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut satu kenyataan, jurucakap tentera berkata semua tahanan disyaki terlibat dalam “aktiviti pengganas, keganasan dan gangguan kekerasan terhadap orang awam serta askar”.

“Sejumlah senjata telah dirampas di bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat dan bandar Hebron yang terletak di selatan Baitulmaqdis,” menurut kenyataan itu.

Penahanan itu sebahagian daripada serbuan malam tentera Israel di seluruh Tebing Barat, atas alasan faktor keselamatan.

Israel menduduki Tebing Barat semasa Perang Timur Tengah 1967 dan sejak itu menguasai kawasan tersebut meskipun berdepan kritikan antarabangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.