Knickers: Lembu tenusu ‘gergasi’ Australia

Knickers: Lembu tenusu ‘gergasi’ Australia

Knickers mempunyai ketinggian sama dengan bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan.

Seekor lembu tenusu yang diberi nama Knickers punya kelebihan yang lembu lain tidak ada. Knickers punya ketinggian hampir 7 kaki (194cm) dengan berat 1,400kg!

Menurut Daily Mail, pemilik Knickers, Geoff Pearson mengalami kesukaran untuk mengeksport haiwan berkenaan kerana saiznya terlalu besar.

Biarpun tidak boleh dieksport, lembu saiz gergasi ini masih memainkan penting kepada tuannya.

Kncikers yang mempunyai ketinggian sama dengan bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan, memudahkan Pearson mengesan kedudukan kawanan lembunya ketika haiwan tersebut keluar meragut. Ini kerana lembu-lembu lain sangat tertarik dengan Knickers.

“Setiap kali Knickers bangun dan mula berjalan, ratusan lembu lain akan mengikutnya dan secara tidak langsung, kami boleh mengesan pergerakan kawanan tersebut,” jelas Pearson.

Kncikers mempunyai ketinggian sama dengan bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan.

Mengikut Guinness World Record, lembu terbesar di dunia seberat 2,267 kilogram manakala lembu tertinggi pula berukuran lebih dua meter.

Sementara itu, seorang pakar lembu tenusu, Rupert Mothersole berkata, terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada tumbesaran lembu termasuk pemilihan genetik untuk pembiakan.

Jelasnya, jika seekor lembu dimandulkan pada usia muda, maka keadaan itu memberi peluang kepada haiwan berkenaan untuk membesar secara luar biasa seperti Knickers.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.