Terbang ke Eropah! 9 tempat WAJIB singgah

Terbang ke Eropah! 9 tempat WAJIB singgah

Kalau mampu, bolehlah lawat semua negara di Eropah, jika tidak beberapa lokasi di bawah boleh dipertimbangkan sebagai pilihan.

Eropah, antara negara impian untuk dilawati oleh para pelancong, khususnya dari Asia. Namun yang selalu ditanyakan, negara mana yang seharusnya dijadikan pilihan?

Kalau mampu, bolehlah lawat semua negara di Eropah, jika tidak beberapa lokasi di bawah boleh dipertimbangkan sebagai pilihan.

FMT Ohsem memetik laman pelancongan Oyster untuk menyenarai 9 lokasi di Eropah yang menenangkan, pastinya menawarkan suasana yang jauh lebih unik. Malah, ia juga antara destinasi berbulan madu yang disyorkan oleh portal tersebut.

Split, Crotia

Split merupakan adalah salah satu kota besar yang sering diabaikan dalam lawatan di Eropah. Antara lokasi pelancongan ialah Istana Diocletian. Khabarnya ia lokasi sesuai untuk berbulan madu.

Paros, Greece

Bercakap pasal Yunani, pasti ramai yang teringatkan Santorini. Sedangkan Paros juga salah satu destinasi yang harus dipertimbangkan di negara ini. Farangas, Pasporos dan Krios di mana sebahagian besar dikelilingi pesisir pantai adalah pilihan yang wajib anda lawati!

Danau Iseo, Itali

Danau Iseo terbentang di antara Danau Como dan Danau Garuada dihiasi pemandangan kapal-kapal feri di tepi perairannya. Ia memberi pemandangan yang menyejukkan mata.
Danau terapung ini pasti akan memberi nilai kepada lawatan anda itu.

Reims, Perancis

Entah berapa ramai yang mengenali kota yang menyimpan kisahnya tersendiri. Antara bandar pilihan pasangan baru kahwin, Reims adalah bandar yang menempatkan Palace of Tau, Porte de Mars dan Saint Remi Basilica. Memang tak rugi jadikan bandar ini dalam senarai ‘bucket list’.

Granada, Sepanyol

Granada mempunyai nilai pelancongan tersendiri. Di Granada, seni arkitektur kuno dan limpahan kecantikan alam semulajadi pasti akan memberikan mereka yang terhimpit dalam kehidupan bandar raya yang sibuk suatu pengalaman baharu.

Porto, Portugal

Porto sememangnya terkenal bukan sahaja sebagai bandar pelancongan tetapi juga antara lokasi bajet di Eropah. Jangan lupa berlayar di sepanjang Sungai Douro yang merupakan lokasi status Warisan Dunia Unesco. Ia juga terkenal dengan kebun anggur kepada penggemar kulinari.

Berlin, Jerman

Berlin, selain menjunjung elemen sejarah, turut menjadi destinasi tepat bagi pelancong hipster. Berlin memiliki muzium bersejarah seperti Museum Charlottenburg dan Museum Dahlem, yang mana menceritakan pelbagai kisah menarik mengenai bandar ini dan Jerman secara keseluruhan. Memang rugi kalau tak kunjunginya.

Riga, Latvia

Nama Riga mula menjadi popular dan diangkat sebagai antara destinasi pelancong bajet di Eropah. Kota Tua yang menjadi sebahagian tapak Warisan Dunia Unesco ini antara objek pelancongan yang menonjol di kota ini. Riga juga dipenuhi bangunan senitekstur abad ke-19 dan menjadi lokasi selfie atau berfoto pilihan para pelancong.

Petrovac, Montenegro

Terletak di sepanjang 182 kilometer di Montenegro, kota tepi laut Petrovac hanya diduduki 1,500 orang penduduk.

Walaupun kecil dan terpencil, kota ini juga menjadi pilihan pelancong pada musim panas iaiatu pada bulan Julai dan Ogos. Ia menjadi tempat yang menarik bagi mereka yang mahu bersantai di tepi pantai atau menikmati pemandangan tepi laut.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.