Pernahkah anda berdepan dengan situasi penerbangan lewat “take-off”? Jika anda lazim terbang, mungkin pernah dan beberapa kali.

Anda juga kemungkinan besar sedar sebabnya sama ada diberitahu oleh syarikat penerbangan atau makluman pihak ketiga. Apapun, ia lazimnya akan disebabkan masalah teknikal atau cuaca.
Sebenarnya ada sebab selain dari itu, yang tidak pernah difikirkan oleh kita, kadang-kala di luar jangkaan umum. Mari kita lihat antara sebab yang menyebabkan penerbangan lewat berlepas.
1 Menanti penumpang yang transit atau penumpang lewat
Ia berlaku kepada penumpang transit dan dalam kes tertentu sesetengah penumpang yang tersekat di mana-mana kaunter. Syarikat ini adakalanya bersikap “bertimbang rasa” untuk tidak meninggalkan mereka yang sudahpun berada di lapangan terbang dan lewat atas sebab tertentu.
2 Menanti barang dari penumpang yang transit
Selain penumpang transit, kelewatan bagasi mereka juga boleh menyebabkan penerbangan seterusnya terlewat.
3 Menanti kargo
Kargo adalah sebuah industri besar yang biasanya menggunakan lapangan yang sama dengan domestik. Namun, pada kebanyakan masa, ia tidak mengikut jadual penerbangan menyebabkan kelewatan untuk penerbangan lain. Takur trafik jam kat atas la…
4 Menanti kargo diturunkan
Kargo tak ikut jadual satu hal, tunggu barangan kargo diturunkan pula satu lagi hal.
5 Barangan penumpang tak sampai lagi
Penumpang dah naik tapi bagaimana dengan bagasi penumpang? kalau berlaku masalah teknikal semasa ‘cehck-in’ barangan, maka anda terpaksa tunggu.
6 Kelewatan pemeriksaan enjin dan kabin
Sebelum dan selepas sesuatu penerbangan, enjin serta kabin kapal terbang akan diperiksa oleh petugas lapangan. Jika ada masalah, tak mungkin penerbangan akan diteruskan. Semua masalah akan diselesaikan sebaiknya sebelum diterbanglkan. Inilah yang selalu ‘pilot’ kata ‘technical error’ tu!
Lebih baik lewat daripada terlibat dalam kemalangan, bukan begitu? Jadi bersabarlah.