5 cara paling berkesan kawal anak agresif

5 cara paling berkesan kawal anak agresif

Sebelum perkara yang kurang enak berlaku, pastikan anda beri perhatian pada situasi ini dari awal.

Kadang-kadang anak selalu akan menjadi agresif di luar secara tiba-tiba dan sebagai ibu bapa tidak tahu hendak buat apa.

Anda pasti malu, kerana anak orang lain tidak agresif seperti ini.

Jika anda hampir hilang sabar dengan perangai anak anda itu, ini adalah masanya untuk anda baca dan ketahui cara untuk kawal anak agresif.

Tapi pertama sekali, jom ambil tahu kenapa anak anda tiba-tiba buat perangai, tantrum, agresif dan mengganas.

Kenapa anak anda buat perangai?

Anak mungkin secara tiba-tiba mula menumbuk, memukul, menolak, menggigit atau menampar. Tapi kenapa mereka buat perangai macam ini?

Jawapan mudah kenapa anak buat perangai seperti ini adalah kerana mereka ‘boleh bertindak’ demikian.

Anak biasanya tak faham perbezaan di antara baik dan buruk dan apa yang boleh dan tak boleh mereka lakukan. Ini bermakna, anak anda suka menguji apa yang mereka boleh buat sebelum anda mula marah.

Anak juga boleh bertindak agresif untuk menunjukkan rasa marah dan kecewa, tanpa mereka sedar.

Mereka mungkin mahukan sesuatu dan mereka tidak boleh dapat apa yang diingini kerana masih belum boleh bertutur dengan baik lalu mereka akan mula bertindak ganas, menjerit dan menolak.

Kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun masih belum boleh luahkan apa yang mereka rasa dan cara paling mudah untuk mereka lakukan adalah dengan bertindak agresif.

5 cara untuk hentikan sikap agresif:

1. Hentikan serta merta

Bagi menghalang anak dari jadi terlalu agresif dan tak terkawal, pastikan anda beri perhatian pada situasi dari awal.

Jangan tunggu sehingga situasi jadi sukar. Tunjukkan dari awal sikap mereka yang tak boleh anda terima. Anda tak perlu menjerit, hanya cakap “NO” dengan tegas.

Jika perlu, cuba untuk cakap dengan anak dengan bahasa yang mereka mungkin faham dan beritahu apa yang mereka buat itu salah.

2. Jauhkan mereka dari orang lain

Jika anda berada di tempat awam atau mana-mana tempat yang buat anda rasa anak boleh burukkan lagi keadaan, jauhkan mereka dari tempat tersebut serta-merta.

Alihkan mereka perlahan-lahan dan jika mereka melawan, cakap dengan mereka tentang perkara lain yang mereka boleh lakukan sambil bawa anak pergi bersama anda.

3. Cakap dan terangkan

Apabila anak anda sudah bertenang dan anda rasa mereka akan faham apa yang anda katakan, cakap dengan mereka apa yang berlaku.

Anda boleh tunduk sama paras dengan mereka dan lihat mata anak. Beritahu mereka apa yang mereka lakukan salah dan anda tahu yang mereka hanya akan lakukan perkara yang baik.

4. Bertenang

Sebagai ibu bapa, kita memang boleh hilang sabar dengan anak agresif. Pastikan anda kekal tenang dan suara anda dalam nada yang rendah tetapi tegas.

Jika anda marah dan jerit pada anak, ianya akan buat situasi menjadi lebih teruk kerana anda akan menjadi marah dan lebih agresif.

Tarik nafas dalam-dalam sebelum anda bercakap dengan anak. Jika anda rasa anda tak boleh bercakap dengan anak tanpa memarahi mereka, suruh pasangan anda untuk ambil alih.

5. Kenalkan “masa berhenti”

Jika anak tunjukkan sikap agresif dan tiada tanda akan berhenti, berikan mereka masa berhenti walaupun untuk seminit.

Suruh mereka untuk berhenti lakukan apa yang mereka buat dan pergi pada anda. Anda tak perlu suruh mereka berdiri tanpa melakukan apa-apa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.