
Jelas kajian beliau, rokok mengandungi gula semulajadi untuk memudahkan perokok menyedutnya.
Jadi ia sangat merbahaya kerana jumlah bahan kimia berunsur gula dalam asap rokok menyebabkan seorang perokok ketagih.
Beliau memberitahu Reuters Health, bahawa ramai perokok ingin mengetahui secara lanjut mengenai kandungan gula di dalam rokok.
Para penyelidik mendapati hanya 5.5% respondan sedar terdapat gula ditambah dalam rokok.
Manakala hanya 3.8% responden kaji selidik tahu gula tambahan meningkatkan toksin dalam asap.
“Kami sangat terkejut untuk mengetahui hampir semua perokok dalam kaji selidik ini rupanya tidak tahu mengenai gula yang ditambah dalam batang rokok,” kata Seidenberg.
Tambahan gula berkimia ini di dalam rokok juga boleh menyebabkan kematian walaupun ia sebenarnya bertujuan untuk membuatkan perokok ketagih.
Perokok perlu tahu kandungan di dalam rokok bukan sekadar menghisapnya setiap hari.
Rokok adalah sangat berbahaya untuk kesihatan dan amat susah untuk manusia mengetahuinya.
Anda bagaimana? Tahu ke tak?