Bahayakah mengambil minuman soya?

Bahayakah mengambil minuman soya?

Ikuti 5 kebaikan pengambilan susu soya dalam kesihatan seperti yang dipetik dari beberapa portal kesihatan.

Banyak sangat mitos yang mengelilingi minuman susu soya termasuk melarang wanita hamil mengambilnya bagi mengelak anak lahir berkulit pucat dan lemah.

Lebih buruk, ramai pula yang mengaitkan pengambilan soya dengan kanser payudara. Justeru jika anda diberi amaran mengenai soya menyebabkan kanser payudara adalah mitos, sebaliknya kajian menunjukkan diet yang tinggi soya berkemungkinan mengurangkan risiko itu.

Sebenarnya minuman soya mempunyai lebih banyak kebaikan kepada diet anda selain menjadi pengganti susu yang baik untuk mereka yang mengamalkan diet vegan (bebas tenusu). Ikuti 5 kebaikan pengambilan susu soya dalam kesihatan seperti yang dipetik dari beberapa portal kesihatan:

1. Penganti susu

Menurut Everyday Health, sesetengah orang alah kepada susu. Dalam isu ini, soya adalah pengganti sumber protein yang baik untuk membekalkan kalsium bebas laktosa.
Laktosa adalah gula semulajadi yang terdapat dalam susu lembu. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa tidak boleh mencerna laktosa yang menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah.

2. Mengurangkan berat badan

Tahukah anda susu soya adalah minuman diet untuk menurunkan berat badan? Susu soya mempunyai kadar lemak yang rendah dan tinggi protein, membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan lebih berkesan.

3. Mengubati masalah kulit

Ia bukanlah bermaksud soya mampu memutihkan kulit seperti yang diuar-uarkan, sebaliknya ia membantu mengurangkan hiperpigmentasi iaitu keadaan kegelapan kulit bertompok. Satu kajian juga mendapati soya mempunyai ciri-ciri anti-penuaan.

4. Mengurangkan risiko kanser prostat

Soya berperanan sangat penting untuk mengurangkan formasi testeron lelaki kerana ia kaya dengan hormon phytoestrogen.

5. Mengelak osteoporosis

Setelah umur menjangkaui hampir separuh abad, ramai wanita berdepan dengan masalah osteoporosis. Ia disebabkan oleh faktor penuaan selain tulang-tulang yang lemah. Kandungan hormon phytoestrogen dalam soya meningkatkan penyerapan kalsium dan mengelakkan kehilangan jisim tulang.

6. Meningkatkan fungsi imun

Soya, kaya dengan protein tumbuh-tumbuhan yang membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan rasa letih. Soya menjadi suplemen protein dan mengelak kolesterol dari pengambilan daging.

7. Makanan bijak

Kandungan lechitin dalam soya membekalkan nutrisi penting untuk otak. Mengambil soya juga membantu pesakit Alzheimer. Kandungan phytosterols pula meningkatkan fungsi saraf dalam otak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.