Tak sangka orang putih Australia pandai buka durian juga.

Nampaknya bukan sahaja Malaysia, Thailand dan Singapura ada durian. Raja buah ini telah merentas ke Australia!

Mana tidaknya, peminat durian di Australia kini dapat menikmati rasa durian Darwin.

Lebih hebat bila skill mengopek durian yang ditunjukkan pekerja Fruity First 88, seorang warga Australia, sama seperti kebanyakkan abang jual durian di Malaysia. Memang terbaik!

Dalam video promosi buah tropika kedai berkenaan, Simon memberikan demo mengopek durian dengan sempurna sekali. Tidak seperti kebanyakkan warga asing yang tidak menyukai bau dan rasa durian, Simon kelihatan sangat mengemari buah ini.

Ramai yang memuji kecekapan beliau ‘membuka’ raja buah ini, kerana biasanya mat saleh akan membelah durian seperti sebiji tembikai.

Apa yang lebih istimewa, durian yang dijual di kedainya adalah variasi dari Malaysia yang ditanam di Australia.