
Enam jawatankuasa itu ditubuhkan selepas ia dipersetujui mesyuarat jawatankuasa pemilih, yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Arif Md Yusof, 29 September lalu.
Jawatankuasa berkenaan meliputi pelantikan jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam (dipengerusikan William Leong Jee Keen); peruntukan/belanjawan, timbangtara rang undang-undang (Nurul Izzah Anwar); hubungan antara negeri-negeri dan persekutuan (Hassan Abdul Karim); pertahanan dan hal ehwal dalam negeri (Datuk Mansor Othman); dan hak asasi dan kesaksamaan jantina (Nor Azrina Surip).
Peruntukan/belanjawan dipengerusikan Ahli Parlimen PPBM Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Jawatankuasa-jawatankuasa itu akan memantau setiap kementerian, dengan kuasa memanggil menteri dan pegawai kanan menteri untuk diambil keterangan.
Ia juga diberi kuasa untuk mengadakan pendengaran bagi mengkaji rang undang-undang dan memanggil pakar-pakar untuk mendapatkan pandangan.
Semua jawatankuasa itu memiliki tujuh anggota daripada kerajaan dan pembangkang.