Dondang Sayang kini diiktiraf Unesco

Dondang Sayang kini diiktiraf Unesco

Pengiktirafan itu dibuat di bawah ‘Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003’ yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).

“Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

“Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kemasukan Dondang Sayang dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 Nov lalu.

Beliau berkata pengiktirafan itu dibuat di bawah ‘Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003’ yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Mohamaddin berkata kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk ‘Mak Yong’ pada 2005.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.