Kerana kacang merah, cendol ‘milik’ Singapura?

Kerana kacang merah, cendol ‘milik’ Singapura?

Mungkin juga mereka belum pernah makan cendol di Malaysia.

Siapa tidak suka cendol, terutamanya bila cuaca panas dan tekak mengidamkan sesuatu yang sejuk. Bagi peminat cendol di Malaysia, kita disajikan dengan pelbagai pilihan seperti cendol durian dan cendol pulut. Pilihan paling klasik…cendol kacang merah.

Bangga juga bila cendol diiktiraf antara 50 pencuci mulut terbaik dunia. Begitu menurut senarai yang dikeluarkan CNN Travel baru-baru ini.

Apa yang buat ‘rasa’ senarai CNN ini kurang enak mungkin kerana ia menyenaraikan cendol sebagai milik Singapura!

Memang ada dinyataka bahawa pencuci mulut ini boleh didapati di serata Asia Tenggara, namun meletakkan Singapura sebagai nama utama menimbulkan rasa tidak puas hati di Malaysia.

Mana tidaknya, hanya kerana kacang merah, penulis telah memberikan cendol ‘kerakyatan’ Singapura!

Mungkin juga mereka belum pernah makan cendol di Malaysia.

Menurut laporan iFood, perkataan cendol diterbitkan buat kali pertama dalam projek Melayu yang diterbitkan pada tahun 1932an.

Sepatutnya penulis perlu mencuba beberapa cendol terkenal dari Pulau Pinang, Melaka ataupun dari van mamak tepi jalan di Malaysia untuk mengenal pencuci mulut ini.

Beberapa rakyat Singapura juga memberitahu Cendol di Malaysia adalah lebih sedap dan sanggup datang ke Malaysia untuk makan pencuci mulut ini.

Jadi apakah pendapat anda? Di manakah cendol terbaik yang pernah anda makan?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.