Lawat pesakit, ini ‘buah tangan’ selain bunga dan buah

Lawat pesakit, ini ‘buah tangan’ selain bunga dan buah

Terdapat pelbagai barangan lain yang boleh dijadikan 'buah tangan'.

Seronoknya tak terhingga saat menerima hadiah, bukankah begitu?

Selain sewaktu menyambut sesuatu perayaan atau majlis, hadiah atau cenderahati wajar diberi pada waktu melawat seseorang yang terlantar di hospital.

Hadiah yang sering dibawa sekadar buah atau bunga, namum tahukah anda terdapat pelbagai barangan lain yang boleh dijadikan ‘buah tangan’.

Jadi bawalah barangan yang dicadangkan di bawah agar memberi lebih makna kepada si pesakit tersebut.

Bahan bacaan

Bahan bacaan menjadi antara barangan yang disukai apatah lagi jika pesakit tersebut seorang ulat buku. Mesti bosan sepanjang rawatan, jadi eloklah dibelikan buku yang menghiburkan.

Pencuci mulut

Buah tangan tak semestinya buah-buahan sahaja. Sekali-sekala, anda boleh bawa makanan seperti snek, dadih, kekacang, granola bar, bijirin dan sebagainya.

Selendang, sarung, selimut tahan sejuk

Rata-rata hospital masa kini dilengkapi penghawa dingin. Mestilah pesakit kesejukan. Jadi apa kata anda bawa selendang atau sarung bagi kekalkan kepanasan tubuh. Mungkin selimut kecil!

Minyak aroma terapi

Apabila anda hadiahkan pesakit minyak aroma terapi, ia pasti akan memberi ketenangan yang diingini. Sapuan minyak aroma mengikut keperluan seperti untuk relaks, kurangkan tekanan, ketenangan, meditasi dan banyak lagi boleh membantu.

Pelembap atau losyen badan dan set penjagaannya diri

Set barangan berupa losyen, bedak, pelembap bibir, sikat, minyak rambut boleh dijadikan hadiah yang sewajarnya. Pesakit pun boleh cepat sembuh macam ni.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.