Kejut bangun pagi: Suara ibu lebih berkesan dari jam loceng

Kejut bangun pagi: Suara ibu lebih berkesan dari jam loceng

Kanak-kanak yang tidur 3 kali lebih cenderung bangun selepas terdengar suara ibu berbanding jam loceng berbunyi kuat.

Biasanya tugas mengejutkan anak-anak yang tidur tergalas di bahu ibu. Masalah timbul bila ada anak-anak yang liat nak turun dari katil walaupun ‘alarm’ untuk bangun sudah sekian lama berdering.

Pada ibu yang rajin mengunci jam loceng supaya anak-anak boleh bangkit pada masa yang sepatutnya mungkin tidak perlu lagi berbuat demikian.

Apa yang diperlukan hanyalah suara merdu ibu.

Satu penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Hospital Kanak-kanak di Ohio mendakwa suara seorang ibu lebih berkesan untuk membangunkan anak berbanding bunyi jam loceng.

Analisis mengenai keberkesanan suara ibu dan juga jam loceng dalam membangunkan anak yang tidur dilakukan keatas 176 kanak-kanak berusia 5-12 tahun di pusat penyelidikan tidur menggunakan 2 rakaman bunyi, suara ibu dan jam loceng.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Pediatrics menunjukkan kanak-kanak 3 kali lebih cenderung bangun selepas terdengar suara ibu berbanding jam loceng yang berbunyi kuat.

Satu lagi penemuan mendapati, kanak-kanak yang bangun kerana suara ibu, bangkit lebih cepat. Kanak-kanak yang bangun disebabkan suara ibu mengambil masa kira-kira 18 hingga 28 saat untuk bangkit. Manakala mereka yang bangun kerana bunyi jam loceng mengambil masa kira-kira 5 minit untuk bangkit dari katil.

“Kajian ini menegaskan suara ibu lebih baik daripada penggera tradisional berfrekuensi tinggi dalam membangunkan anak,” kata ketua pengkaji, Gary Smith, seperti yang dipetik oleh The Independent.

Di samping itu, penyelidik juga cuba mencari hubungan sama ada dengan menyebut nama kanak-kanak ia akan membawa kesan kepada tindak balas bangun pagi anak. Namun, kesimpulannya mendapati tidak ada perubahan signifikan.

“Maknanya, suara ibu boleh membangunkan ramai anak pada masa yang sama di sebuah rumah,” kata Smith.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.