Selesema babi Afrika serang utara, selatan China

Selesema babi Afrika serang utara, selatan China

Wabak selesema itu melanda wilayah utara Shaanxi dan wilayah selatan Guizhou.

Wabak itu dipercayai hanya menjangkiti ternakan babi.
BEIJING:
China mengesahkan wabak selesema babi Afrika kini melanda wilayah utara Shaanxi dan wilayah selatan Guizhou, demikian menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar.

Agensi berita China Xinhua melaporkan wabak itu dikesan di sebuah ladang di Bandar Shenmu, di Shaanxi, selepas 19 babi mati akibat dijangkiti wabak berkenaan.

Wabak turut dikesan di Daerah Baiyun, Bandar Guiyang.

Berikutan itu sepasukan petugas dihantar ke Shaanxi dan Guizhou serta-merta untuk kerja-kerja pencegahan.

Wabak berkenaan dipercayai hanya menjangkiti ternakan babi dan tiada manusia atau spesies lain dijangkiti setakat ini.

caption: (gambar kandang babi)
Wabak itu dipercayai hanya menjangkiti ternakan babi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.