Zirafah, sedang pupus dalam senyap

Zirafah, sedang pupus dalam senyap

Mungkin dalam masa beberapa dekad, zirafah akan hanya dapat dilihat dalam bentuk patung atau gambar.

Gambar AFP.

Zirafah dimasukkan sebagai spesies terbaru dalam senarai haiwan pupus di dunia selepas angkanya didapati semakin mengecil di benua Afrika. Ia berbunyi amaran memandangkan ribuan haiwan yang dimasukkan dalam senarai sama menandakan masa untuk manusia mengambil tindakan serius terhadap isu ini.

Haiwan ini dikatakan antara yang paling tinggi kadar kepupusan khususnya bagi spesies Kordofa dan Nubian yang ditemui di beberapa bahagian utama di benus Afrika.

Ekoran itu, The International Union of Conservation of Nature (IUCN) menyenaraikan spesies ini dalam keadaan terancam malah menyaman pihak yang memburu haiwan ini atas pelbagai tujuan termasuk dijadikan makanan.

Eksekutif Bersama IUCN Suruhanjaya Survival Khas yang juga Pengarah Yayasan Pemuliharaan Zirafah, Dr Julian Fennessy berkata, zirafah menjadi antara haiwan yang sering dilihat ketika safari, media dan di zoo.

Namun pakar haiwan dan alam sekitar tidak tidak menyedari haiwan ini sedang mengalami kepupusan secara senyap.

Nampaknya banyak lagi haiwan yang berasal-usul dari Asia, khususnya dari Asia Tenggara seperti Malaysia turut berdepan kepupusan dalam senyap atau sebaliknya, tetap tidak dihiraukan.

FMT Ohsem menyenarai 7 spesies haiwan yang semakin pupus dan terancam selepas habitat haiwan ini dimusnah, ekosistem mereka diganggu atas nama pembangunan dan diburu atau dibunuh sama ada untuk menjadi bahan makanan serta bahagian tubuhnya yang bernilai.

Spesies haiwan ini adalah yang paling terancam di Malaysia atau Asia Tenggara dan memerlukan perhatian yang serius.

1. Gajah Sumatera

Sejak 1985 hingga 2007, spesies Gajah Sumatera turun sebanyak 50% dan dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus sejak mulai 2012.
Dalam statistik terkini, hanya tinggal 1,500 ekor gajah dari spesies ini yang kerap dibunuh untuk gadingnya.
Haiwan ini terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatera.

2. Harimau Sumatera

Dikenali sebagai Panthera tigris, harimau Sumatera dikesan berkurangan kerana diburu oleh manusia untuk gigi dan kulitnya yang berharga. Lebih kurang 78% harimau Sumatera dibunuh dan jumlah terkini haiwan ini ialah 400 ekor sahaja.
Ia berasal dan dikesan di Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar,Thailand dan Vietnam. Dipercayai sudah pupus di di Bali dan Jawa di Indonesia.

3. Orang utan

Menjadi simbol pelancongan utama di Malaysia, spesies orang utan Borneo dan orang utan Sumatera sudahpun beralih dari kelas ‘terancam’ kepada ‘kritikal terancam’. Ini menunjukkan haiwan tersebut mungkin tidak akan bertahan lama jika langkah sewajarnya tidak diambil. Spesies yang lambat membiak ini pupus selepas menjadi mangsa pemburuan dan pembangunan yang menyebabkan ia mati.
Daripada 288,500 ekor pada tahun 1973, ia dijangka jatuh kepada 47,000 ekor menjelang 2025.

4. Badak Jawa

Spesies rhinoceros sondaicus yang sudah pupus di Malaysia tetapi masih dikesan di Indonesia ini antara haiwan yang pernah ditemui dalam jumlah besar di benua Asia. Kini ia semakin pupus dan hanya boleh ditemui di 2 lokasi iaitu di barat pulau Jawa dan sekitar 40 ke 60 ekor dan Taman Negara Cat Tien di Vietnam, sekitar 6 ekor sahaja. Binatang ini dijangka pupus dalam masa terdekat.

5. Penyu air hijau

Nama saintifiknya, Chelonia mydas, penyu air yang menjadi kebangsaan Terengganu juga dalam senarai pupus kritikal meskipun pelbagai langkah sedang diambil untuk melindungi haiwan ini.
Penyu air hijau berada dalam senarai ini selepas tempat penyu bertelur iaitu kawasan pantai sering diburu manusia. Penyu air hijau ini dikatakan bertelur di hampir 140 negara di seluruh dunia, tetapi ekoran telurnya yang mempunyai permintaan tinggi, ia tidak dapat menetas atau menjadi penyu dewasa untuk kemandirian seterusnya. Ia juga dibunuh untuk dimakan atas alasan boleh menyembuh penyakit.

6. Ungka

Ungka yang kelihatan seperti monyet, juga dari keluarga mawas sangat lazim di kesan dalam kuantiti besar di kepulauan Sumatera di Indonesian, Laos, Malaysia, Myanmar dan Thailand kini dalam senarai pupus. Selain faktor pembangunan, haiwan ini juga diburu untuk dagingnya sehingga ia didapati pupus di China. Ungka juga diperdagang secara haram sebagai haiwan peliharaan.

7. Burung hereng kepala merah

Kemungkinan besar burung ini dipercayai sudah pupus di Malaysia pernah ditemui dalam jumlah yang banyak suatu masa dahulu di Asia.
Ia juga dikenali sebagai Indian Black atau Pondicherry Vulture, spesies ini jatuh mendadak sehingga 10,000 di Asia dan hanya beberapa ratus ekor di Asia Tenggara. Mungkin haiwan ini bakal masuk senarai dinasor selepas ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.