5 pasar malam mesti dikunjungi di Lembah Klang

5 pasar malam mesti dikunjungi di Lembah Klang

Pasar malam menjadi budaya beli-belah sejak sekian lama.

Pasar malam… sebut sahaja mengenainya pasti ramai yang terkenangkan pelbagai perkara. Ini termasuk makanan dan minuman yang dijual di sini, baju-baju yang murah, makanan mentah, buah-buahan, biskut dan roti serta banyak lagi.

Terdapat juga pasar malam yang popular kerana konsepnya yang mengutamakan jualan barangan terpakai atau bundle, barangan antik atau makanan pelbagai bangsa, misalnya.

Memandangkan pasar malam menjadi budaya rakyat Malaysia, tidak kita apa sekalipun keunikannya, kita pasti mahu mengunjunginya.

Lazimnya beroperasi di sepanjang jalan raya di kawasan tertentu, dengan melarang trafik atau di tapak khusus, memang tiada yang akan merungut walaupun ia menggangu aliran jalan.

FMT Ohsem baru-baru ini mengunjungi beberapa pasar malam dan tertarik dengan 5 lokasi ini yang terkenal atas pelbagai sebab, salah satunya menjual barangan bundle.

1. Pasar Malam Jalan TAR

Kalau sudah tinggal di ibu kota Kuala Lumpur, mustahil anda tidak mengenali Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dan malam hari Sabtu pasti tidak lekang apabila jalan ini menjadi pusat bagi lebih 400 400 penjaja kecil berurus niaga di bawah satu pasar malam.

Pasar malam yang merentasi Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India mula beroperasi dari pukul 5 petang hingga ke 10 malam, menempatkan hampir semua jenis barangan yang sukar didapati di tempat lain. Sebut sahaja, daripada kain tudung dan kain kepada makanan jalanan, semuanya ada, lebih menarik pada harga yang berpatutan.
Selain itu, karya seni seperti lukisan jalanan, persembahan oleh band kecil memeriahkan lagi kunjungan ke pasar malam ini.

Terasa juga untuk bersama-sama menyanyi dan berjoget bersama!

Namun, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati membawa anak kerana keadaan sesak dan masalah penyeluk saku.

2. Pasar malam Jalan Raja Bot

Kepada mereka yang berminat membeli barangan bundle atau terpakai, inilah tempatnya. Di sini terdapat banyak baju-baju bundle berjenama yang dijual pada harga murah.

Kalau berminat, kunjunginya pada hari Jumaat bermula jam 10 malam hingga 4 pagi, sebaiknya lebih awal, lebih baik. Terdapat lebih 200 peniaga menjual baju, kasut, beg dan pelbagai barangan lagi dan anda mempunyai kebebasan untuk tawar menawar.

3. Pasar Malam Taman Connaught

Pasar malam ini dikenali sebagai pasar malam terpanjang di KL kerana panjangnya 2km jauh dan memerlukan sekurang-kurangnya sejam untuk habiskan lawatan. Terdapat 700 gerai menjual pelbagai jenis makanan seperti piza Jepun, Angry cheese chicken, dan ais krim kelapa.

Setiap hari Rabu kawasan ini akan sesak, jadi ingatkan diri mengenai pasar malam ini dan gunakan laluan lain untuk mengelak dari kesesakan.

4. Pasar Malam SS2

Pasar malam ini dibuka pada setiap malam Isnin dengan menjual pelbagai jenis makanan dari gerai termasuk makanan yang sukar diperolehi di tempat lain.

Pun begitu, bagi pengunjung beragama Islam, berhati-hatilah membeli makanan di sini, rata-rata tidak halal atau mempunyai sijil halal. Maka, ia agak menyukarkan mereka untuk mendapatkan makanan.

Bagaimanapun, selain makanan anda tetap boleh pusing-pusing untuk melihat barangan lain yang dijual di sini khususnya pakaiaan.

5. Tapak Urban Street Dining

Pada zaman sekarang, ramai orang memilih untuk pergi ke Tapak Urban kerana ia juga berkonsep rekreasi untuk seisi keluarga. Tapak Urban juga berkonsep pasar malam tetapi di buka setiap hari pada waktu malam berbeza dengan pasar malam pada hari tertentu sahaja.

Menariknya, ia juga menyediakan tempat untuk makan dan memudahkan keluarga menjamu selera di situ. Dah dikatakan tepat menjamah, maka pelbagai jenis makanan yang dijual di sini, setiap malam boleh cuba makanan baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.