Azolla atau lumut air sumber pendapatan baru golongan muda

Azolla atau lumut air sumber pendapatan baru golongan muda

Golongan belia di kampung boleh cuba ternak Azolla untuk mendapatkan hasil yang tinggi di longkang dan parit yang terbiar.

Tahukah anda azolla adalah sejenis tumbuhan atas air yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan jika anda benar-benar fokus dalam mengusahakan tanaman ini.

Penduduk di Bachok, Kelantan antara yang telah lama mengusahakan penanaman azolla sebagai satu sumber pendapatan sampingan kerana ia merupakan sumber makanan haiwan yang murah dan lebih berkhasiat, sering digunakan oleh peternak haiwan.

Ini kerana kandungan Azolla mempunyai 35% kandungan protein basah dan sangat sesuai kepada pelbagai ternakan.

Ia menjadi pilihan penternak ayam kerana mampu mengurangkan mengguna dedak sebanyak 60%.

Menurut Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Bachok, Wan Kamarusah Zaman Wan Hamat, Azolla adalah makanan haiwan 100% organik tanpa bahan kimia dan tidak mengandungi racun.

“Azolla adalah tumbuhan akuatik yang terapung di atas air. Ia adalah hidupan liar yang sering kali dijumpai di longkang, sungai, tali air dan parit tanpa kita tahu fungsinya yang sebenar.

“Ramai orang Kelantan mengusahakan Azolla dan menjadikannya sebagai satu punca pendapatan di kampung,” katanya kepada FMT Ohsem ketika ditemui di MAHA.

Dalam pada itu beliau amat mengalakkan golongan belia menjadikan Azolla sebagai punca pendapatan kerana ia mudah diusahakan termasuk di kampung, asalkan ada longkang atau kolam terbiar.

Wan Kamarusah berkongsi 4 panduan mengenai penanaman Azolla:

1. Tiada kos langsung untuk mengusahakan Azolla kerana ia hanya tumbuhan terbiar yang membiak sendiri dan tumbuh tanpa sebarang sokongan.

2. Jika ada banyak parit, longkang dan anak sungai yang terbiar, ia boleh dijadikan sebagai tapak pembiakkan Azolla.

3. Harga Azolla boleh meningkat sehingga RM50 sekilogram bergantung kepada permintaan.

4. Anda boleh menentukan sendiri keluasan kawasan penanaman Azolla untuk dapatkan hasil yang banyak jika mahu mengaut lebih banyak keuntungan.

5. Tenaga perkerja tidak diperlukan jika buat di kawasan kecil.

6. Selain dijual sebagai makanan haiwan ia boleh menjadi baja tanaman apabila sudah dikeringkan.

7. Sekilo baja tanaman Azolla dijual Rm20 di pasaran.

Jadi kepada golongan belia atau graduan muda yang masih tercari-cari peluang kerja, apa kata anda mencuba nasib menjadi usahawan Azolla.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.