Otak lebih ‘power’ dengan 7 makanan ini

Otak lebih ‘power’ dengan 7 makanan ini

Kajian menunjukkan sarapan pagi baik untuk memori dan menajamkan perhatian.

Sering kali hilang tumpuan? Otak rasa lemah dan tidak bermaya? Ikutilah tips pemakanan ini untuk menguatkan kesihatan otak yang terkesan kerana faktor usia dan faktor lain termasuk tekanan.

Sebenarnya makanan tertentu boleh meningkatkan peluang untuk mengekalkan kesihatan otak. Jadi jangan abaikan pemakanan sihat dalam diet anda.

Menurut WebMd, 7 jenis makanan ini harus diambil untuk mengukuhkan kesihatan dan ketajaman otak.

Ikan

Ikan adalah sumber protein yang baik untuk otak. Ia diperkaya dengan asid lemak omega 3 yang baik kesihatan otak. Ia adalah lemak yang sihat dan berkesan dalam mengurangkan dementia, strok dan sakit mental.

Malah, ikan juga memainkan peranan penting dalam menguatkan memori apabila menjangkau tua. Anda disarankan makan 2 ekor ikan seminggu.

Gula

Gula menambah tenaga dalam diri seseorang. Sebenarnya, bukan gula, tetapi glukosa yang diproses dari gula. Itu sebabnya segelas jus oren atau jus buah mampu menawarkan rangsangan jangka pendek untuk ingatan, pemikiran, dan keupayaan mental.

Bagaimanapun, terlalu banyak gula juga tidak baik kerana is akan membuatkan ingatan seseorang merosot. Gula tambahan menyebabkan penyakit jantung dan penyakit lain yang membahayakan kesihatan seseorang.

Bijirin dan tenusu

Anda selalu tinggalkan sarapan pagi? Kajian menunjukkan sarapan pagi baik until menambah baik memori jangka pendek dan memperkukuh perhatian.

Pelajar diharuskan makan sarapan agar lebih peka dalam pembelajaran. Makanan sarapan pagi yang baik untuk otak termasuk makanan serat tinggi, bijirin penuh, tenusu dan buah-buahan.

Ingat jangan ambil secara berlebihan kerana pengkaji turut menemui sarapan pagi tinggi kalori akan buat sesorang hilang tumpuan.

Kacang dan coklat

Kacang adalah sumber antioxidan vitamin E. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan ia meningkatkan kemampuan kognitif semasa berumur. ‘Dark coklat’ mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi, serta mengandungi perasang semulajadi seperti kafein yang dapat tingkatkan fokus.

Kacang boleh diambil satu genggam sehari dan ‘dark coklat’ untuk mendapatkan semua faedah yang anda perlukan tetapi kurangkan kalori, lemak atau gula yang berlebihan.

Beri biru mengandungi nutrisi

Penyelidikan pada haiwan menunjukkan buah beri biru boleh membantu melindungi otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan boleh mengurangkan kesan berkaitan dengan usia seperti penyakit Alzheimer atau demensia.

Kajian juga menunjukkan diet kaya dengan buah beri biru dapat meningkatkan kedua-dua fungsi pembelajaran dan otot yang semakin tua.

Kebaikan diet yang sihat

Jika diet anda kekurangan nutrisi penting, ia boleh menghalang keupayaan anda untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit juga boleh menganggu fokus anda.

Makanan yang berat boleh membuatkan anda berasa letih, sementara kalori yang terlalu sedikit menyebabkan anda kelaparan.

Manfaatkan otak anda, amal diet yang seimbang dengan pelbagai jenis makanan yang sihat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.