
Bersempena dengan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam pada 15 Disember ini, penerbangan tambang murah Air Asia menyampaikan sokongannya dengan menawarkan penerbangan harga promosi ke Hanoi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes dalam Twitternya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menawarkan tiket penerbangan dua hala (pergi dan balik) berharga RM499 sahaja dan tambahan empat penerbangan untuk penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan di Hanoi.
https://twitter.com/tonyfernandes/status/1072323724836188160
Apa yang pasti, Twitter tersebut menarik perhatian netizen yang cukup gembira denga tawaran demikian.
“Terima kasih kepada staff Air Asia yang berusaha keras untuk mendapatkan slot penerbangan ini dan terima kasih juga kepada krew-krew operasi yang sanggup mengorbankan cuti mereka untuk merealisasikan penerbangan khas ini. Go Malaysia!” tulis Tony di laman Twitternya.
Netizen teruja dengan tawaran tersebut dan merakamkan penghargaan kepada Tony dan Air Asia yang sentiasa berdiri di belakang Harimau Malaya.

FMT Ohsem melayari laman web beberapa syarikat penerbangan tempatan dan luar negara ke Hanoi dari Kuala Lumpur mendapati tiket penerbangan dijual pada harga purata RM1,200.
Nampaknya, tawaran Air Asia sememangnya sesuatu yang ikhlas dan harus digarap bagi mereka yang mahu menonton aksi Harimau Malaya di Hanoi.
Kami ucapkan kejayaan kepada Harimau Malaya!