Ketepi Meghan Markle, Rosmah Mansor lebih trending di Google

Ketepi Meghan Markle, Rosmah Mansor lebih trending di Google

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi individu nombor satu dicari.

Pergolakan politik, kontroversi melibatkan jenama mewah, skandal kewangan , semuanya mungkin menyebabkan bekas wanita pertama negara, Datuk Seri Rosmah Mansor menjadi individu wanita yang paling popular di laman sesawang.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi carian tertinggi di Malaysia mengatasi isteri Putera Harry, Duchess of Sussex, Meghan Markle.

Senarai dalam kategori Individu Trending di Malaysia bagi tahun 2018 menunjukkan Rosmah sebagai 10 individu paling di cari di dalam internet berada di kedudukan ke-4 manakala Meghan Markle di di kedudukan ke-5.

Tiga tempat teratas diduduki Najib, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Baru- baru ini Google mengeluarkan rekod carian terbanyak mengikut dunia di setiap negara menerusi Google Trends.

Ahli politik tempatan yang lain turut dinamakan dalam senarai itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar serta Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Selain kategori individu, Google Trends juga menyenaraikan 10 Berita dan Peristiwa, 10 Filem, 10 Muzik dan 10 carian TV tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.