Nak kekal awet muda dan hidup sihat sama seperti nenek dan atuk kita? Apa agaknya rahsia mereka?

Tak susah, mereka amalkan makanan yang sihat dengan mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman setiap hari di samping zat makanan yang lain.
Sekarang ini, kita semua terlalu sibuk sehingga tidak sempat masak atau tidak mengutamakan penyediaan masakan sayur.
Tak mengapa, anda boleh sahaja amalkan makan ulam-ulaman.
Mudah, sihat dan tidak perlu dimasak melainkan dicelur ata direbus sebentar.
Ulam mempunyai banyak khasiat, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium.
FMT Ohsem menyenaraikan jenis-jenis ulam yang mudah didapati di pasar-pasar terdekat atau tanaman di belakang rumah:
Pegaga
Antara ulam yang popular dan sering dijumpai. Pegaga boleh dimakan begitu sahaja bersama sambal, dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan meminum air rebusan pegaga pula dikatakan boleh menaikkan seri wajah.Ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan membantu peredaran darah serta kesihatan kulit.
Jantung pisang

Boleh direbus atau dicelur, dimasak lemak putih atau dibuat kerabu.
Petai
Petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%.Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Ulam raja
Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Ibu dalam pantang digalak makan ulam raja. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit.Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
Kacang botol

Timun

Cekur
Ulam cekur sering digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.Selom

Mengandungi pelbagai nutrisi antaranya kalsium dan vitamin C yang baik kesihatan.
Daun selom juga mudah ditanam dan boleh tumbuh meliar di kawasan berair dan lembap.
Rebung

Kaduk
Ramai yang keliru dengan kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur. Air rebusan daun kaduk dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sait pinggang dan sengal tulang.Jom semua amalkan makan ulam mulai hari ini untuk kekal sihat dan awet muda.