
Pendakap gigi adalah langkah pertama bagi anda yang ingin mendapat keyakinan semula selain kelihatan gigi yang cantik dan tersusun.
Walaupun memperuntukkan wang yang banyak untuk memakai pendakap gigi, tetapi tidak menjaga pemakanan ia pastinya merugikan kerana bukan sahaja membazirkan wang untuk bertemu doktor tetapi juga berisiko dalam kesihatan termasuk menyebabkan kaviti dan kerosakan gigi.
Rutin membersihkan mulut adalah baik untuk menghilangkan kaviti tetapi anda juga perlu menjauhkan 11 makanan ini bagi memastikan gigi anda lebih cantik dan sempurna semasa memakai pendakap gigi.
7 makanan yang bahaya dimakan dengan pendakap gigi:
1. Kacang yang keras
Kacang yang keras adalah dua gabungan yang perlu dielakkan kerana boleh menyebakan ketulan kacang terlekat dicelah-celah gigi.
Apabila anda makan kacang yang keras, ia akan memecahkan braket pendakap gigi dan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang lain untuk membetulkannya.
2. Bertih jagung
Makanan yang manis dan enak ini nampak tidak merbahaya tetapi ia sangat berbahaya bagi bagi pemakai pendakap gigi.
Bertih yang tidak masak dengan betul akan menyebabkan tersepit di dalam gusi dan sukar untuk dikeluarkan dan akan menyebabkan pendakap gigi terpaksa dibuka kembali bagi mengeluarkan serpihan makanan berkenaan.
3. Gula-gula getah
Gula-gula getah adalah makanan yang sangat berbahaya daripada bertih jagung. Ini kerana gula-gula getah akan menyebabkan wayar di antara braket bengkok.
Bagi kes seperti ini, anda tidak akan perasan dan ini akan menyebabkan gigi anda bergerak pada arah yang salah dan menyebabkan anda perlu memakai pendakap gigi lebih lama dari jangkaan waktu sebenar.
4. Ais
Mengunyah ais adalah satu penyebab kepada gigi berlubang untuk semua orang walaupun tidak memakai pendakap gigi, bagi mereka yang memakai pedakap gigi, ia lebih berisiko kerana akan menyebabkan keretakan di bawah braket yang tidak diketahui sehingga pendakap gigi dibuka sepenuhnya.
5. Minuman berkabonat
Minuman berkabonat juga perlu diharamkan dan di dalam senarai kerana membahayakan gigi dan dipercayai boleh merosakkan gigi dan lebih teruk ia juga akan melekat pada pendakap gigi.
Kombinasi asid dan gula yang menyerang gigi dan gusi akan menyababkan kaviti. Sesetengah minuman soda juga dapat melemahkan pelekat yang memegang braket pada gigi anda.
6. Jagung
Menikmati jagung adalah sesuai dengan bagi yang menjaga kesihatan tetapi tidak kepada pemakai pendakap gigi yang akan menyebabkan pelekap tercabut.
Semasa anda makan jagung, gigi hadapan berisiko kerana mengigit dan menyebabkan terdapat cebisan jagung terperangkap hingga nampak kekuningan.
Jangan risau anda masih boleh makan jagung, tetapi makan jagung yang telah dikupilkan isinya terlebih dahulu.
7. Sayur mentah
Semasa memakai pendakap gigi, anda juga tetap perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti pengambilan sayur-sayuran. Tetapi ingat, anda tidak boleh makan sayuran mentah seperti lobak merah kerana ia akan menyebabkan pendakap gigi bengkok sebaliknya, disarankan untuk mengukus sayur-sayuran bagi mengekalkan khasiat dan kelembutan sayur yang cukup dan selamat untuk pendakap gigi anda.
Tetapi jika anda pengemar sayur mentah, contohnya salad, anda perlu memotongnya kecil-kecil supaya ia tidak merosakkan pendakap gigi.
Berhati-hatilah ketika memilih makanan bagi mereka yang memakai pendakap gigi. Bak pepatah orang putih ‘beauty is pain’.