Usia muda tidak menjamin anda akan sihat dan bebas penyakit. Malah, kemajuan ilmu sains dan teknologi juga mendedahkan gaya hidup manusia, khususnya kaum lelaki mudah dan jauh lebih muda dijangkiti penyakit kronik.

Mungkin anda tahu mengenai fakta ini tetapi masih bersikap sambil lewa dan kurang prihatin akhirnya membawa golongan ini terdedah pada masalah lebih serius.
Walaupun zahirnya nampak fit dan sihat, ingat, beri lebih perhatian pada kondisi kesihatan anda. Tak guna menyesal kemudian hari.
Di bawah 4 penyakit dengan risiko paling tinggi menyerang lelaki seawal 30 an yang mungkin anda tidak sedar.
1) Kanser Kolon

Merupakan antara jenis kanser yang paling kerap menyerang golongan lelaki dan mengikut kajian, perokok lebih ramai meninggal dunia akibat kanser kolon berbanding mereka yang tidak merokok.
Selain itu, pengambilan makanan berlemak yang kerap dan makanan rendah serat juga menjadi antara faktor kanser kolon menyerang.
Jika anda dalam linkungan 30-an dan mempunyai berat badan berlebihan lakukan senaman atau jalani gaya hidup aktif agar berat badan anda stabil kerana obesiti juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser ini, kanser kolon biasanya menyerang lelaki berusia 40 tahun ke atas.
2) Batu Karang
Kira-kira 10% lelaki berdepan masalah batu karang yang kebiasaannya menyerang lelaki berusia 30-an ke atas. Penyakit ini berlaku apabila kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.
Biasanya air kencing mempunyai bahan yang digelar ‘penghalang’ yang bertindak menghalang pembentukan batu karang. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasanya terjadi kepada lelaki yang kurang minum air kosong menyebabkan dehidrasi.
Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan yang tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Namun apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kalenjar prostat, takungan takungan air kencing akan menyebabkan berlaku jangkitan.
Terdapat beberapa jenis batu karang antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis Struvite pula terdiri daripada Magnesium, Ammonia dan Fosfat bercampur dengan karbonat dan ia juga dikenali batu jangkitan.
3) Sakit Jantung
Penyakit yang paling digeruni lelaki, kalau dahulu penyakit ini hanya menyerang golongan yang berusia 50-an tetapi kini tiada lagi. Ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan penyakit tersebut tidak mengenal usia dan menjadi pembunuh utama sehingga ada yang berusia 30-an sudah berdepan penyakit yang paling ditakuti.
Sebab utama serangan jantung ialah dinding dalam saluran darah menjadi sempit akibat dipenuhi lemak terutamanya kolesterol hingga mengakibatkan bekalan darah ke otot-otot tidak mencukupi untuk itu kurangkan makanan berminyak selain aktiviti bersenam.
Antara simptom yang boleh dikenali termasuk lidah atau gusi menjadi bengkak, ini berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Segeralah bertemu doktor.
Malah mereka yang pernah mengalami sakit jantung menggamabrkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher, ketidak selesaan itu merebak daripada dada atau bahu ke leher anda.
4) Parkinson
Anda perlu berwaspada jika sudah mempunyai tanda-tanda seperti berikut; menggeletar pada jari tangan dan kaki, rahang dan muka serta pergerakan menjadi perlahan itu merupakan symptom Parkinson menyerang.
Malah, kajian mendapati kira-kira 5% pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah 40 tahun malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.
Simptom awal mungkin tidak jelas apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan anda.