Siti Nurhaliza berdiet sakan demi konsert jelajah Mac ini

Siti Nurhaliza berdiet sakan demi konsert jelajah Mac ini

Di sebalik persediaan menjayakan konsert kali ke-54, Siti Nurhaliza terpaksa melalui detik yang 'memeritkan' dengan melakukan rutin senaman serta mengikuti diet ketat bagi membina stamina yang baik.

Mesti ramai yang tertanya- tanya bila lagi penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mahu mengadakan konsert selepas kali terakhir mengadakan Konsert Unplugged Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 2015.

Kini, persoalan itu terjawab apabila beliau dijangka melakukan siri jelajah di 3 buah negara pada Februari depan, bermula di Jakarta diikuti di Singapura dan di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 sebelum ‘terbang’ ke Albert Hall, London pada April.

Siti pernah mengadakan konsert solo di dewan berprestij di tengah-tengah kota London, bertema ‘Siti Nurhaliza Live In Royal Albert Hall’, London pada 1 April 2005 dan selepas lebih 10 tahun beliau dijangka kembali ke sana dengan ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’.

Di sebalik persediaan menjayakan konsert yang ke-55 itu, Siti Nurhaliza akui sedang mengikuti jadual padat untuk berlatih selain berdepan detik yang ‘memeritkan’ iaitu melakukan senaman serta mengikuti diet ketat bagi menghasilkan stamina yang terbaik.

Malah, penyanyi kesayangan ramai itu sanggup bersenam sambil mengamalkan pemakanan sihat bagi membolehkan beliau memperoleh berat badan yang ideal.

Katanya, selepas hampir beberapa minggu menjalani rutin dia kini berjaya menurunkan 2 kilogram.

Namun ia masih tidak mencukupi untuk mencapai berat badan idealnya, iaitu 60kg.

Bukan sekadar untuk stamina, tetapi Penyanyi lagu Anta Pernama terpaksa mengharungi semua itu untuk kelihatan anggun seperti zaman anak daranya.

Konsert itu akan menampilkan lagu-lagu dari genre etnik/tradisional, balada, carta unggul dan unplugged dengan semua muzik dihasilkan dan diaturkan semula oleh pemuzik Aubrey Suwito bersama band All-Star.

Penyanyi terkenal Indonesia, Tulus akan turut bersama Siti sebagai artis jemputan dalam jelajah konsert berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.