Kalau sebut sambutan Krismas mesti terbayang Santa Claus dan hiasan pokok Krismas namun tidak dilupakan barisan makanan–makanan yang sedap dihidangkan sebelum dan pada hari sambutan tersebut.

Krimas bukan sahaja mengenai bertukar-tukar hadiah tetapi ia juga mengenai kepelbagaian makanan sedap yang menjadi salah satu acara wajib ‘disempurnakan’ oleh ahli keluarga bagi meraikan tradisi perayaan itu.
Kalau pada zaman dahulu di Eropah, angsa menjadi hidangan utama di atas meja makan pada malam sambutan, kini hidangan itu diganti dengan ayam belanda yang diperkenalkan oleh masyarakat Amerika Syarikat (AS).
Di Asia pula khususnya di Filipina hidangan utama perayaan krismas kebiasannya terdiri daripada ayam, itik, atau seekor babi muda.
Disini FMT Ohsem senaraikan beberapa makanan yang wajib menjadi hidangan utama sempena sambutan yang diraikan.
Sekiranya anda menerima jemputan kawan-kawan yang menyambut Krismas mungkin ini memberi panduan jadi tidaklah kekok sangat.
1) Ayam belanda panggang
Ayam belanda panggang adalah sajian utama dan wajib dihidangkan pada perayaan krismas. Di United Kingdom (UK), 87% masyarakat berpandangan sambutan Krismas tidak bermakana sekiranya hidangan ayam belanda tidak dihidangkan.

Tradisi menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar semasa sambutan malam Krismas mula diamalkan pada kurun ke-16 lagi.
Ayam belanda diperkenalkan di Britain pada tahun 1526 sebelum itu masyarakat di sana hanya menikmati makanan seperti angsa, babi hutan dan burung merak.
Raja pertama yang menikmati hidangan ayam belanda ialah Putera Edward VIII pada tahun 1950.
2) Puding plum
Puding plum Krismas ini wujud pada awal kurun ke-15, resepi asli dihasilkan daripada daging lembu, bawang merah dan sayur-sayuran serta buah-buahan kering.

Pada kurun ke-16, kismis dan buah prun dimasukkan ke dalamnya bagi menambahkan kesedapannya.
3) Biskut Krismas

Membuat kes dan biskut yang pelbagai saiz dan jenis adalah amalan yang biasa sebelum Krismas.


Tukang masak zaman dahulu menyediakan biskut manis untuk menanadakan sesuatu keramaian.
Biskut Krismas biasanya yang mengandungi pelbagai jenis bahan seperti halia, almond, buah-buahan kering, kayu manis dan sebagainya.
4) Kek buah
Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun ke -13 buah-buahan kering dibawa ke Britain dari Portugal dan timur Mediterranean, dan dihidangkan pada setiap perayaan sejak kurun ke-18.

5) Pai Shepherd
Dihasilkan dengan bahan asas kentang lenyek dan berintikan daging atau kambing, pai tersebut antara makanan tradisi yang perlu wajib ada di meja utama.
